Sunday, 30 October 2011

RintiHan Hati



 boleh aku bertanya kat kaw ?

Adakah kaw tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kaw tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manisantara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


boleh aku bercerita....?


Aku rindu kaw, sentiasa ingat kaw.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kaw pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kaw... rindu sungguh pada kaw..


boleh aku bertanya lagi..?


Kaw bahagia di sana? Kaw gembira di sana? Senyumkah kaw di sana? Tawa kah kaw di alam tanpa ku? Telah temukah kaw selaut bahagia yang kaw cari, seluas angkasa indah yang kaw dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kaw impikan?


boleh aku bercerita lagi?


Aku rindu kaw, sentiasa memandang kaw.. Aku tahu kaw milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kaw bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kaw pada mata jiwa ku.. aku memandang kaw yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kaw bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kaw, demi gembira kaw bulan hati ku..


dan boleh aku tau..?


Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku?



No comments:

Post a Comment