pernah korang rase mcm ni ?? disakiti hingga x rela untuk memaafkan ??
ok, here i want to share smthg with you guys...
just read & think...
Cuba bayangkan, setelah selesai amalan kita dihisab, kita mendapat keputusan bahawa kita akan masuk ke syurga. Sewaktu kita sedang melompat-lompat kegembiraan hendak melangkah masuk ke pintu syurga itu, tiba-tiba datanglah malaikat Malik menyeret kita ke neraka. Rupa-rupanya, ada seorang saudara yang tidak mahu memaafkan kita kerana kesalahan yang pernah kita lakukan kepadanya sewaktu di dunia dahulu.

Sedihnya
Jika kita berfikir dari segi jangka pendek (dunia), memang segala-galanya akan nampak menyakitkan hati. Rasa sukar untuk memaafkan dan melupakan. Tahukah, sebagai muslim, setiap perbuatan kita mestilah difikirkan kesan jangka panjangnya iaitu apabila berada di akhirat kelak. Ke syurgakah, atau ke nerakakah?
Sekalipun hati masih sukar untuk melupakan apa yang telah terjadi, tidak mengapa, kerana soal hati itu adalah soal yang amat kompleks. Allah lebih mengerti kerana kita sendiri telah berusaha untuk melaksanakan yang terbaik. Paling kurang, fikirkanlah nasib saudara kita di akhirat kelak jika kita tidak mahu memaafkannya. Maka dengan itu, maafkanlah dia di atas dasar kasih sayang sesama muslim.
Sebagaimana kita ingin masuk ke syurga, berilah juga ruang untuk saudara kita masuk ke Syurga di sana kelak. Sekalipun kita tidak mampu untuk seiring dengannya di dunia ini lantaran fikrah (pemikiran) yang tidak sama, namun tujuan akhir kita tetap yang satu itu juga!
Ingatlah, syurga itu adalah sebaik-baik tempat yang penuh dengan keajaiban. Di sana, tiada lagi kedukaan, kesedihan, mahupun keperitan! Cuba bayangkan, kita bertemu semula dengan orang yang pernah menyakiti kita sewaktu di dunia (atau sebaliknya), kita makan bersama, ‘shopping’ bersama, berborak bertahun-tahun tanpa henti, tanpa adanya lagi sengketa di antara kita!

No comments:
Post a Comment